Saturday, May 31, 2008

Ketuanan Melayu - Satu Persoalan

"Ketuanan Melayu" bermaksud orang melayu merupakan tuan di dalam negaranya sendiri.Tidak dinafikan bahawa bangsa melayu merupakan bangsa yang terawal menduduki kawasan (pribumi) di sekitar tanah melayu ini.

Mengikut sejarah awal, bangsa melayu ini tidak wujud. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Berdasarkan perlembagaan Malaysia juga, orang melayu sangatlah diberi keutamaan dalam aspek kehidupan mereka.Dari mereka dilahirkan, bersekolah, melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi, sehinggalah ke alam pekerjaan.

Persoalannya.Adakah orang melayu di Malaysia ini hanya pandai menadah semata-mata?Adakah orang melayu hanya suka bergantung kepada orang lain bagi meneruskan kehidupan mereka?

Saya mungkin dilihat sinis kerana menulis dalam bahasa melayu.Akan tetapi harus diingat bahawa bahasa yang kita gunakan adalah bahasa nusantara dan telah dicampurkan dengan bahasa arab.Maka lahirlah bahasa melayu.Terdapat kurang lebih 5000perkataan arab yang digunakan dalam bahasa melayu.

Pengalaman saya membuktikan pergaulan saya dengan kawan-kawan berbangsa melayu dari peringkat sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi amat mendalam.Ada yang bijak dalam mata pelajaran, ada yang tidak.Ada yang rajin, malah ada juga yang sebaliknya. Malah lebih malang lagi, ramai juga yang menghidap penyakit hasad sesama mereka.

Kejayaan tidak datang bergolek.Kejayaan datang dengan usaha yang gigih, tabah dan kesabaran. Jika kita lihat bagaimana masyarakat bukan melayu di Malaysia lebih maju ke hadapan? Bangsa cina sudah tentu dengan kejayaan mereka bidang perniagaan. Bangsa india yang dilihat sebagai ketinggalan sebenarnya sedang mengorak langkah ke hadapan.Mekanik kedai motor lebih banyak didominasi oleh remaja kaum india.Kerani pejabat pula lebih didominasi oleh remaja perempuan india.(dikira mengikut peratusan)

Di mana remaja / orang melayu? Nak dikatakan peluang tidak diberi, mungkin tidak. Bagaimana nak jadi 'tuan' jikalau ekonomi, sosial dan politik didominasi oleh orang lain?

Saya masih ingat sewaktu belajar di kolej dahulu, ramai rakan-rakan yang telah 'dianugerahkan' pinjaman oleh pihak MARA. Akan tetapi, sayangnya, wang saku yang agak mewah yang diberikan pada waktu itu disalahgunakan. Ada rakan saya setelah menerima wang tersebut terus membeli Playstation.Ada juga yang menghabiskan waktu dengan awek-awek mereka yang kesudahannya 90% di kalangan mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.Kasihan!

Saya juga pernah menghadiri seminar mengenai pinjaman perniagaan bumiputra yang dianjurkan oleh CGC. Penceramah di sana ada memberitahu terdapat masyarakat melayu yang memohon pinjaman, setelah menerimanya terus membeli kereta mewah.Bukankah wang tersebut digunakan untuk Cash Flow dan sebagainya.


Maka apa yang cuba disarankan adalah kita perlu berusaha untuk berjaya.Jika kita ingin kekal sebagai 'tuan' di bumi yang bertuah ini, kita harus berusaha.Rasulullah ada menyebut bahawa siapa yang berusaha dialah yang berjaya.

"Takkan hilang melayu di dunia" - kata-kata yang diungkapkan oleh Hang Tuah walaupun beliau bukan orang melayu.

2 comments:

Anonymous said...

salam..so amcm bro minyak dah naik skang?duk umah je la pasni..xpun nek beskal g keje..since che det is ur idol y don't u request him to do something due to nowadays circumstances.sian kat org kg..perhaps Tun could establish new ideas..

Mohd Nadzri Kamsin said...

Hang Tuah bukan melayu? Ada bukti? Menarilk. Hang Tuah itu sendiri pun saya sangsi kesahihan kewujudannya. Adakah dia lagenda semata-mata? Kalau wujud, Hang Tuah mungkin Cina. Hampir sama nama dengan Hang Li Po. Atau mungkin Hang Tuah ini peranakan Cina??