Saturday, May 31, 2008

Ketuanan Melayu - Satu Persoalan

"Ketuanan Melayu" bermaksud orang melayu merupakan tuan di dalam negaranya sendiri.Tidak dinafikan bahawa bangsa melayu merupakan bangsa yang terawal menduduki kawasan (pribumi) di sekitar tanah melayu ini.

Mengikut sejarah awal, bangsa melayu ini tidak wujud. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Berdasarkan perlembagaan Malaysia juga, orang melayu sangatlah diberi keutamaan dalam aspek kehidupan mereka.Dari mereka dilahirkan, bersekolah, melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi, sehinggalah ke alam pekerjaan.

Persoalannya.Adakah orang melayu di Malaysia ini hanya pandai menadah semata-mata?Adakah orang melayu hanya suka bergantung kepada orang lain bagi meneruskan kehidupan mereka?

Saya mungkin dilihat sinis kerana menulis dalam bahasa melayu.Akan tetapi harus diingat bahawa bahasa yang kita gunakan adalah bahasa nusantara dan telah dicampurkan dengan bahasa arab.Maka lahirlah bahasa melayu.Terdapat kurang lebih 5000perkataan arab yang digunakan dalam bahasa melayu.

Pengalaman saya membuktikan pergaulan saya dengan kawan-kawan berbangsa melayu dari peringkat sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi amat mendalam.Ada yang bijak dalam mata pelajaran, ada yang tidak.Ada yang rajin, malah ada juga yang sebaliknya. Malah lebih malang lagi, ramai juga yang menghidap penyakit hasad sesama mereka.

Kejayaan tidak datang bergolek.Kejayaan datang dengan usaha yang gigih, tabah dan kesabaran. Jika kita lihat bagaimana masyarakat bukan melayu di Malaysia lebih maju ke hadapan? Bangsa cina sudah tentu dengan kejayaan mereka bidang perniagaan. Bangsa india yang dilihat sebagai ketinggalan sebenarnya sedang mengorak langkah ke hadapan.Mekanik kedai motor lebih banyak didominasi oleh remaja kaum india.Kerani pejabat pula lebih didominasi oleh remaja perempuan india.(dikira mengikut peratusan)

Di mana remaja / orang melayu? Nak dikatakan peluang tidak diberi, mungkin tidak. Bagaimana nak jadi 'tuan' jikalau ekonomi, sosial dan politik didominasi oleh orang lain?

Saya masih ingat sewaktu belajar di kolej dahulu, ramai rakan-rakan yang telah 'dianugerahkan' pinjaman oleh pihak MARA. Akan tetapi, sayangnya, wang saku yang agak mewah yang diberikan pada waktu itu disalahgunakan. Ada rakan saya setelah menerima wang tersebut terus membeli Playstation.Ada juga yang menghabiskan waktu dengan awek-awek mereka yang kesudahannya 90% di kalangan mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.Kasihan!

Saya juga pernah menghadiri seminar mengenai pinjaman perniagaan bumiputra yang dianjurkan oleh CGC. Penceramah di sana ada memberitahu terdapat masyarakat melayu yang memohon pinjaman, setelah menerimanya terus membeli kereta mewah.Bukankah wang tersebut digunakan untuk Cash Flow dan sebagainya.


Maka apa yang cuba disarankan adalah kita perlu berusaha untuk berjaya.Jika kita ingin kekal sebagai 'tuan' di bumi yang bertuah ini, kita harus berusaha.Rasulullah ada menyebut bahawa siapa yang berusaha dialah yang berjaya.

"Takkan hilang melayu di dunia" - kata-kata yang diungkapkan oleh Hang Tuah walaupun beliau bukan orang melayu.

Friday, May 30, 2008

Lessons For Today

Abu Dharr Jundad Bin Junada & Abd Rahman Mua'dh Bin Jabal (may Allag be peace upon them) that the Prophet S.A.W said : Fear Allah where ever u may be. And follow a sin with good deed which will rub it (the sin) and behave whit the people nicely. (Tirmidhi)

Monday, May 26, 2008

Pedra Branca - A Test For Malaysian


Minggu lalu, kita telah dikejutkan oleh keputusan mahkamah antarabangsa (ICJ) bahawa Pulan Batu Putih (Pedra Branca) adalah milik Singapura.

Saya ingin meluahkan berdasarkan carian yang saya buat, Kerajaan Johor pada 1953 telah melepaskan pulau tersebut kepada Singapura. Sila rujuk surat disebelah.Mengapa ini berlaku? Adakah kerajaan johor pada ketika itu dengan sewenang-wenangnya melepaskan pulau yang dianggap tak berguna itu.

Dari perspektif saya, ini adalah angkara Singapura yang sedikit sebanyak ingin membalas 'dendam' 1965 di mana Singapura telah terkeluar dari Malaysia.Ia juga akibat kebodohan pemimpin Malaysia itu sendiri.

Sungguh kasihan rakyat Malaysia.Kita telah diperkotak-katikkan pemimpin bangsa kita sendiri.Ini bukan soal saiz pulau tersebut.Akan tetapi ia lebih menjurus kepada maruah orang Malaysia.

Beberapa tahun lalu, Lee Kuan Yew telah menyuarakan hasrat untuk bersatu dengan Malaysia.Beliau telah memberi 'hint'.sebaliknya Tun Dr Mahathir sewaktu menjadi PM telah menentang perkara tersebut itu boleh berlaku.Mengapa Lee Kwan Yew berbuat demikian?

Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang sentiasa memandang jauh kehadapan.Beliau telah melihat masa depan Singapura terbatas berikutan negaranya yang begitu kecil.'A tiny dot on the world's map'. Oleh itu, bagi membolehkan negaranya 'survive' 20-30 tahun mendatang, beliau memerlukan keluasan bagi membolehkan wawasan beliau tercapai.

Antara projek terkini yang sedang diintai oleh Sinagpura merupakan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).Bayangkan keluasan WPI yang saiznya hampir sebesar setengah dari Singapura? Cuba anda bayangkan pasport tidak perlu digunakan bagi memasuki WPI? Sedangkan WPI terletak di Johor, Malaysia.

Kini jelaslah bahawa Singapura mempunyai hasratnya yang tersendiri.Janganlah disebabkan wang, negara kita tergadai ke tangan orang lain.Orang Malaysia bukanlah di kalangan mereka yang bodoh.Akan tetapi, tamak & gopoh yang membuatkan mereka jadi bodoh.

Ingat rakyat Malaysia! Jangan biarkan orang asing mengusai negara kita!

Saturday, May 3, 2008

Lessons For Today

Ibn Abbas R.A said, the Prophet SAW said, "Whoever is given the following four things, indeed, is given the good of this world and the Hereafter:

1) A thanking heart
2) A tongue invoking Allah
3) A body enduring hardship
4) A chaste faithful wife who does not betray him in herself and his wealth.